PESANAN ANDA

[NAMA ANDA]
EMAIL ANDA
NO. TELEFON
LOKASI ANDA
BERAT DAN TINGGI ANDA

This contact form was created by Freedback.

Saturday, January 21, 2012

Masalah Kegemukan orang Asia...

Ramai orang Asia gemukkkk???

Berita Harian, 18 April 2000: AMALAN gaya hidup yang kurang sihat di kalangan penduduk negara ini menjadi punca Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kadar kegemukan tinggi berbanding negara lain di rantau ini. Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kedua Kebangsaan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1996 sehingga 1997 mendapati bahawa 4.4 peratus penduduk Malaysia mengalami obesiti (kegemukan) dan 16.6 peratus pula mengalami masalah berat badan (terlalu gemuk). Presiden Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata kadar ini adalah tinggi berbanding negara lain seperti Korea, Thailand dan China.






Pada tahun 1995, 21 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan dan 6.2 peratus obes. Manakala bagi Korea (20.5 peratus adalah dalam lingkungan terlalu gemuk dan obesiti 1.5 peratus), Thailand (16 peratus dan 4 peratus), China (13.3 peratus dan kurang 2 peratus). Rakyat Malaysia juga lebih gemuk berbanding Singapura (6 peratus) mengikut perangkaan pada 1992 sehingga 1998 dan Jepun (2.4 peratus) pada 1998. Menurut Dr Mohd Ismail, penduduk bandar lebih banyak mengalami masalah berat badan berbanding luar bandar. Kawasan bandar merekodkan 17.4 peratus berbanding 15.5 peratus di luar bandar. Sementara mengikut gender pula, 5.7 peratus lelaki mengalami obesiti dan 17.9 peratus terlalu gemuk iaitu lebih tinggi berbanding wanita. Kadar obesiti juga didapati paling tinggi di kalangan masyarakat Melayu dan India iaitu masingmasing 5.1 peratus dan lima peratus berbanding Cina 3.5 peratus.


 "Obesiti dan terlalu gemuk sering kali bertukar ganti. Sebenarnya ia tidak sama. Obesiti ditakrifkan sebagai lebihan pengumpulan lemak badan yang membahayakan kesihatan. Pada waktu yang sama terlalu gemuk pula pada tahap yang lebih rendah dari obesiti. Kedua-dua ini berlaku apabila pengambilan (dalam bentuk makanan) melebihi tenaga yang diperlukan (metabolisme dan aktiviti fizikal).”


"Dengan menggunakan Indeks Umum Tubuh Badan (BMI) kita dapat menentukan seseorang itu mempunyai berat badan yang normal, terlalu gemuk ataupun mengalami obesiti. Indeks ini diperoleh daripada berat badan seseorang (dalam kilogram) dan ketinggian (dalam meter)," katanya.
Mengikut skala antarabangsa, individu yang mempunyai BMI 18.5 sehingga 24.9kg/m ditakrifkan sebagai normal, lebih 25kg/m sebagai terlebih berat, lebih 30kg/m obes lebih 40kg/m sebagai terlalu obes.
"Kita perlu memastikan bahawa makanan yang diambil adalah dalam kuantiti yang dapat membekalkan keperluan tenaga dan nutrien untuk pertumbuhan optimum dan kesihatan yang baik. Sebahagian berat badan perlu sesuai dengan diet, gaya hidup sihat dan juga senaman untuk mengekalkan kesihatan yang baik.”
"Gaya hidup negatif akan memburukkan keadaan dan seseorang itu boleh menjadi terlalu gemuk (obes). Baka, factor fisiologi dan psikologi juga perlu diambil kira. Ada pendapat yang mengatakan bahawa 70 peratus individu menjadi terlalu gemuk kerana baka ibu bapa. Sudut fisiologi pula menunjukkan mereka mengambil makanan ketika emosi tidak
stabil seperti bosan, sedih dan bimbang," katanya. Menurut Dr Mohd Ismail, langkah pengurusan iaitu mengehadkan makanan, melakukan banyak kegiatan fizikal, mengubah tingkah laku, rawatan menggunakan ubat menguruskan badan dan pembedahan adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini.


"Tabiat makan yang buruk perlu dikikis. Makanan perlu mengandungi nutrien yang cukup, saiz makanan yang sesuai dengan keperluan badan dan waktu makan yang tetap.” "Rawatan lain perlu mengambil kira kesan terhadap kehilangan berat badan dan usaha mengekalkannya kerana
bimbang berlakunya kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan." "Salah satu caranya ialah dengan mengambil makanan rendah kalori serta rawatan terapi bagi mereka yang mempunyai BMI melebihi 30 dan sekiranya kaedah-kaedah tadi gagal. Pembedahan adalah satu cara paling berkesan untuk mengurang dan mengekalkan berat badan bagi individu yang memiliki BMI melebihi 35. Tetapi ia hanya boleh dilakukan apabila usaha lain tidak berkesan langsung.”


"Kita perlukan komitmen kerajaan, sokongan golongan profesional, NGO serta pihak yang berkaitan dengan industri makanan. Media juga perlu membantu untuk mengubah persepsi orang ramai bahawa obesiti adalah satu masalah serius dan dikenali sebagai penyakit alaf baru," ujarnya lagi.




Sementara itu, Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dan juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Dr Khoo Kah Lin, pula berkata kegemukan adalah satu masalah yang perlu ditangani kerana ia adalah punca kepada pelbagai penyakit. "Kencing manis, penyakit kardiovaskular, sakit belakang dan juga burut adalah antara penyakit yang dikaitkan dengan kegemukan. Kajian perubatan mendapati bahawa mereka yang mempunyai BMI 25 ke atas akan meningkatkan risiko menghadapi diabetes di samping serangan jantung. Kehilangan berat badan walaupun dalam kuantiti antara lima hingga 10 kilogram dapat membantu melegakan banyak masalah yang berkaitan dengan obesiti," katanya. Menurut Khoo, ada dua contoh kalangan mereka yang dianggap terlalu gemuk. Pertama, lemak yang terkumpul dibahagian utama tubuh badan dan badan akan membentuk seperti epal. Keduanya, lemak berkumpul di punggung dan ini akan membentuk seperti buah pir. Mereka yang mempunyai bentuk epal adalah dalam kategori amat bahaya kerana lemak tertumpu di bahagian jantung dan ini boleh menyebabkan arteri tersumbat. "Perubatan dalam kardiologi mementingkan pengekalan diet dan senaman untuk kehidupan yang sihat. Inilah cara untuk mengawal kegemukan dan ia perlu diberi perhatian serius," katanya lagi.


Obesiti: Kajian Dapati Malaysia Hadapi Masalah Paling Besar Di Asia
July 08, 2005, Dari Bernama.com



Shikin PB1st choice :

"Jangan biarkan masalah kegemukan ini menjadi masalah hidup anda..."
"Orang Somalia mati kerana x cukup makan tp kebanyakan orang di Asia terutama di Malaysia mati kerana over makan" Renung-renungkan...

No comments:

iklan

Promosi Hebat

Copyright © 2011 Reserved to Shikin Premium Beautiful's
Design by Azhafizah.Com